awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi permukiman jemaah menteri ketiga tidak lama lagi - PM Anwar

Bernama
Bernama
03/01/2025
03:00 MYT
Sesi permukiman jemaah menteri ketiga tidak lama lagi - PM Anwar
Anwar menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun Baharu 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sesi permukiman kali ketiga Jemaah Menteri Kerajaan MADANI akan diadakan dalam tempoh terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sesi permukiman itu bukan sekadar untuk mencatat kejayaan yang telah dilakar, tetapi juga menjadi platform untuk barisan menteri membaiki kelemahan dalam pentadbiran ketika ini.
" ... dan ada tahap kesungguhan yang harus ditingkatkan (Jemaah Menteri), dan saya percaya (permukiman) ini tidak seharusnya berhenti pada tahap itu sahaja, seterusnya diikuti oleh ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Sesi permukiman pertama dan kedua Anwar bersama Jemaah Menteri masing-masing diadakan pada Januari 2023 dan 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pemukiman
#jemaah menteri
#sesi permukiman jemaah menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan