awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi persekolahan penggal ketiga sekolah agama di Johor bermula 9 Jan

Bernama
Bernama
30/12/2021
05:16 MYT
Sesi persekolahan penggal ketiga sekolah agama di Johor bermula 9 Jan
TOSRIN: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju untuk menimbal balik tarikh baharu sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 pada 9 Jan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi kesemua sekolah agama di Johor akan bermula pada tarikh baharu iaitu 9 Jan depan, berbanding 2 Jan mengikut ketetapan awal.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata bagaimanapun sesi persekolahan bagi Tadika Agama Johor (TAJ) dibenarkan beroperasi pada 2 Jan ini.
"Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju untuk menimbal balik tarikh baharu sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 pada 9 Jan.
"Ketetapan ini adalah melibatkan semua Institusi Pendidikan Islam Negeri Johor," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini mengumumkan sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 yang sepatutnya bermula 2 Jan ini bagi Kumpulan A dan 3 Jan ini bagi Kumpulan B ditangguh selama seminggu susulan bencana banjir.
Radzi berkata negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada 9 Jan dan Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah agama
#sesi persekolahan
#Johor
#tosrin jarvanthi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan