awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pangku tugas Datuk Bandar Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/01/2020
09:56 MYT
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pangku tugas Datuk Bandar Ipoh
Jawatan Datuk Bandar Ipoh kosong apabila Ahmad Suaidi yang menjadi Datuk Bandar sejak 1 Julai 2019, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berkuatkuasa 18 Disember lalu. - Foto BERNAMA
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim akan memangku tugas Datuk Bandar Ipoh sehingga ia diisi seorang calon yang layak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara tersebut telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
Menurutnya, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana bekas Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib juga pernah memangku jawatan itu ketika menjadi Menteri Besar.
“Ia bukan sesuatu yang baru, ia pernah dibuat sebelum ini di mana seorang Menteri Besar Negeri Perak telah pun memangku jawatan Datuk Bandar itu,” katanya.
Beliau ditemui selepas wawancara radio mengenai pencapaian Perak 2019 di Ipoh pada Rabu.
Jawatan Datuk Bandar Ipoh kosong apabila Ahmad Suaidi yang menjadi Datuk Bandar sejak 1 Julai 2019, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berkuatkuasa 18 Disember lalu.
Beliau menggantikan Datuk Zainal Azman Abu Seman yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya mulai 1 Disember lalu.
Ahmad Faizal berkata, kekosongan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula akan diisi dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Ahmad Suaidi Abdul Rahim
#Datuk Bandar Ipoh
#Menteri Besar Perak
#pangku tugas Datuk Bandar Ipoh
#Perak 2019
#Ramli Ngah Talib
#Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
#Zainal Azman Abu Seman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan