awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shafee terima RM1,000 sebagai bayaran untuk kes Liwat II

Bernama
Bernama
11/03/2015
05:27 MYT
Shafee terima RM1,000 sebagai bayaran untuk kes Liwat II
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II membabitkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II membabitkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata pendedahan jumlah bayaran berkenaan dibuat selepas persetujuan oleh Jabatan Peguam Negara dan Muhammad Shafee setelah berulang kali perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata sebelum ini, ia tidak didedahkan bagi menghormati etika perhubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan.
"Ingin saya maklumkan bahawa pendedahan jumlah bayaran bagi perkhidmatan beliau hanya boleh dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee sendiri.
"Sehubungan dengan itu, berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak dimaklumkan bahawa jumlah pembayaran untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Tan Sri Muhammad Shafee adalah sebanyak RM1,000," katanya.
Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) mengenai jumlah perbelanjaan yang dibayar kepada Muhammad Shafee sepanjang kes Anwar dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Liwat II
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan