awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Siapa kata kami cuba tangguh perbicaraan?' - Shafee Abdullah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/04/2019
13:29 MYT
'Siapa kata kami cuba tangguh perbicaraan?' - Shafee Abdullah
Muhammad Shafee berkata, atas sebab itu, usul bagi membantah pertuduhan itu difailkan sebelum perbicaraan bermula. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua pasukan peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan ada percubaan dari pihaknya menangguhkan perbicaraan bekas Perdana Menteri itu.
Sebaliknya, jelas beliau lagi, pihak peguam bela sendiri bertegas agar perbicaraan itu diteruskan pada tarikh yang ditetapkan.
“Pertama sekali, tiada cubaan untuk tangguhkan perbicaraan. Apa yang kami lakukan hari ini, ialah apa yang akan dilakukan sesiapa sahaja sekiranya pertuduhan ke atas mereka tidak sempurna.
“Dan jika anda ingin mengadu tentang sebarang pertuduhan yang anda rasa cacat, ia harus dilakukan sebelum perbicaraan bermula,” jelasnya ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas perbicaraan berakhir.
Muhammad Shafee berkata, atas sebab itu, usul bagi membantah pertuduhan tersebut difailkan sebelum perbicaraan bermula.
Beliau menegaskan, pihak peguam bela tidak mengambil peduli pendapat Peguam Negara sewaktu membantah permohonan pemfailan itu, kerana ia tidak relevan.
“Dua Mahkamah Rayuan berasingan sebelum ini telah menegaskan pihak peguam bela tidak melakukan cubaan untuk melengah-lengahkan perbicaraan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhammad Shafee menegaskan bahawa ucapan pembukaan pendakwaan Tommy Thomas tidak mengikuti prosedur di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
“Jika anda ikuti ucapannya, anda akan mengetahui tiada apa yang beliau ucapkan melainkan hanya membaca kembali pendakwaan.
“Peguam Negara tidak mengikuti prosedur di bawah Seksyen 179 CPC, yang mana antara lain, menyebut, pasukan pendakwa raya harus menyebut bagaimana mereka akan membuktikan pertuduhan ini. Ucapan itu tidak lebih dari ucapan politik,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Kanun Prosedur Jenayah
#Mahkamah Jalan Duta
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#peguam bela
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
#SRC International
#tangguh perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan