awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Siapa pecahkan cermin sisi saya. Keluar dari sini' - Kaunselor Korea Utara

Bernama
Bernama
26/02/2017
08:24 MYT
'Siapa pecahkan cermin sisi saya. Keluar dari sini' - Kaunselor Korea Utara
Yu-song keluar dari keretanya untuk membetulkan cermin sisi di sebelah pemandu. -Bernama
Kaunselor di Kedutaan Korea Utara di sini, Kim Yu Song mengherdik pengamal media yang menyerbu kereta Mercedes Benz berwarna biru gelap yang dipandunya sehingga cermin sisi kereta itu tertanggal.
Beliau ketika itu sedang mengundurkan kenderaannya dari kawasan kedutaan kira-kira 12.15 tengah hari tadi.
Yu-song lalu keluar daripada keretanya bagi membetulkan cermin itu di sebelah bahagian pemandu serta meninggikan suaranya kepada pihak media.
"Siapa pecahkan cermin sisi saya. Keluar dari sini," jeritnya dalam bahasa Inggeris.
Para pengamal media berhimpun di kawasan kedutaan bagi mendapat maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Pada 13 Feb lepas, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.
Jong-nam, yang memasuki negara ini pada 6 Feb dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Mayatnya kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cermin sisi Mercedes Benz
#herdik pengamal media
#Kim Yu Song
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan