awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sibu mencatatkan IPU tidak sihat pada jam 4 petang

Bernama
Bernama
28/07/2014
10:02 MYT
Sibu mencatatkan IPU tidak sihat pada jam 4 petang
Sibu mencatat IPU setinggi 212 pada jam 4 petang hari ini. - Gambar Fail
Kawasan yang mencatat kualiti udara tidak sihat meningkat kepada tujuh kawasan setakat jam 4 petang hari ini, berbanding empat kawasan pagi tadi. Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) selain Sibu yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) 212, Pelabuhan Klang (146), Kuala Selangor (112) dan Tanjung Malim (101), tiga lagi kawasan ialah Sri Aman (107), Samarahan (107) dan Shah Alam (101). Sebanyak 40 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Pasir Gudang (51), Alor Setar (58), Tanah Merah (78), Bandaraya Melaka (60), Seremban (76), Perai (53), Kota Kinabalu (57) dan Kuching (87). Empat kawasan mencatatkan IPU baik iaitu Kota Tinggi (33), Langkawi (27) serta dua kawasan di Sabah iaitu Sandakan (44) dan Tawau (45). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Topic Berkaitan
#IPU
#jerebu
#kualiti udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan