awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang DUN Melaka luluskan kelonggaran tatacara pemakaian

Bernama
Bernama
14/03/2023
03:51 MYT
Sidang DUN Melaka luluskan kelonggaran tatacara pemakaian
Usul tergempar mengenai tatacara pemakaian menghadiri sidang DUN tersebut itu disuarakan oleh ADUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman pada pembukaan sidang DUN pagi ini- Fail/FB Sulaiman Ali
MELAKA: Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini meluluskan usul memberi kelonggaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memakai baju batik berlengan panjang pada Khamis dan tidak mengenakan tali leher pada hari persidangan DUN.
Usul tergempar mengenai tatacara pemakaian menghadiri sidang DUN tersebut itu disuarakan oleh ADUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman pada pembukaan sidang DUN pagi ini dan disokong oleh VP Shanmugam (BN-Gadek).
Abdul Razak membentangkan usul tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan 17 (5) (c) yang membenarkan sesuatu usul dicadangkan tanpa notis atau secara lisan untuk menangguhkan kuat kuasa peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan 32 mengenai tatacara pakaian semasa mesyuarat dewan.
Yang Dipertua Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum menerima usul tersebut sekiranya tatacara pakaian yang diusulkan mengikut kelaziman iaitu pemakaian suit berwarna gelap dan memakai baju batik adalah dibenarkan.
Beliau kemudiannya menerima dan meluluskan usul tergempar itu selepas menerima sokongan daripada 24 ADUN, dua berkecuali dan dua tidak hadir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DIN Melaka
#tatacara pemakaian
#batik lengan panjang
#tali leher
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan