awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak Kelestarian KL tangani jerebu rentas sempadan - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
27/03/2025
20:00 MYT
Sidang Kemuncak Kelestarian KL tangani jerebu rentas sempadan - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, KLSS yang diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jerebu merentas sempadan, isu yang berulang di rantau ini, dijangka menjadi satu daripada topik utama dibincangkan pada Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) yang pertama kali diadakan dari 14-16 Oktober depan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KLSS yang diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau.
"Jerebu merentas sempadan juga dibincangkan secara akitf di platform ASEAN. Kita juga ingin melakukan beberapa perkara berhubung isu tersebut pada mesyuarat ASEAN tahun ini, jadi saya rasa itu antara isu yang akan kita bincangkan semasa KLSS nanti.
"Dengan matlamat untuk menghasilkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Daya Tahan Iklim, KLSS berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai platform utama bagi membincangkan daya tahan iklim pada masa hadapan," katanya pada sidang media selepas prapelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025 dan KLSS, di sini, pada Khamis.
Nik Nazmi berkata, KLSS yang akan menampilkan ketua-ketua pemikir dari seluruh rantau ASEAN dan Asia Pasifik, meliputi aktiviti seperti podcast, ucaptama serta perbincangan panel dan meja bulat yang kesemuanya memfokus kepada strategi boleh laksana yang mampu memberi impak di peringkat tempatan, serantau dan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur
#KLSS
#jerebu rentas sempadan
#Nik Nazmi Nik Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan