awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket penipuan SMS : Pegawai kanan jualan syarikat telekomunikasi direman lima hari

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2020
08:17 MYT
Sindiket penipuan SMS : Pegawai kanan jualan syarikat telekomunikasi direman lima hari
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 7.30 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.-Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Seorang pegawai kanan jualan syarikat telekomunikasi direman selama lima hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penipuan SMS.
Perintah reman sehingga 23 November itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.
Ini menjadikan jumlah penahanan reman berkaitan kes ini adalah seramai 18 orang.
Menurut sumber, suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 7.30 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.
Dalam pada itu, seorang bekas pegawai syarikat telekomunikasi dibebaskan dengan jaminan pada hari yang sama.
Difahamkan, mereka yang terlibat dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.
Tambah sumber, nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider' dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.
Kata sumber lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Putrajaya
#mahkamah
#Rasuah
#suspek
#siasatan
#Mahkamah Majistret
#sindiket
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan