awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump akan bincang kemungkinan keluar NATO dalam pertemuan dengan Rutte
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura bakal lancar Pelan Induk Maritim menjelang 2027

Bernama
Bernama
04/03/2026
13:17 MYT
Singapura bakal lancar Pelan Induk Maritim menjelang 2027
Pelan Induk Maritim Singapura yang diterajui MPA turut memberi tumpuan kepada usaha memajukan inovasi maritim, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI). - Gambar fail
Singapura sedang membangunkan pelan induk maritim bagi memperkukuh daya saingnya sebagai pelabuhan hab global terkemuka dan pusat maritim antarabangsa, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Murali Pillai pada Rabu.
Murali berkata, Pelan Induk Maritim Singapura yang diterajui oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) turut memberi tumpuan kepada usaha memajukan inovasi maritim, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata, MPA dijangka memuktamadkan pelan induk itu menjelang 2027.
“Dalam beberapa bulan akan datang, MPA akan menubuhkan panel industri tempatan yang terdiri daripada pemimpin perniagaan utama bagi mendapatkan pandangan ketika kami mengadakan sesi libat urus dengan kesatuan sekerja dan orang ramai.
“Kami sedang membangunkan Singapura sebagai pusat teknologi maritim, inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan 2026 di Parlimen pada Rabu.
Mengulas mengenai konflik yang sedang berlaku di Asia Barat yang menjejaskan aktiviti maritim, Murali berkata Singapura perlu kekal terbuka dan menyokong aliran bebas perdagangan serta perkongsian.
Beliau menegaskan bahawa laut terbuka bukan empayar untuk ditakluki sebaliknya merupakan milik bersama global yang perlu mematuhi peraturan serta undang-undang yang diterima di peringkat antarabangsa.
Murali berkata, Singapura komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dalam pembangunan peraturan dan piawaian bagi perkapalan antarabangsa.
“Satu daripada caranya ialah dengan mewujudkan koridor perkapalan hijau dan digital bersama negara lain.
“Kerjasama ini membolehkan kita membangunkan teknologi, infrastruktur dan piawaian secara bersama bagi mempromosikan ekosistem maritim yang lebih mampan dan terhubung,” tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#MPA
#pelan induk
#maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan