awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura kekal waspada susulan konflik Asia Barat tingkatkan risiko keselamatan

Bernama
Bernama
08/04/2026
14:10 MYT
Singapura kekal waspada susulan konflik Asia Barat tingkatkan risiko keselamatan
Penglibatan pelaku negara, proksi dan rangkaian militan telah meningkatkan risiko insiden limpahan melangkaui rantau berkenaan. - Gambar Reuters
Singapura memberi amaran bahawa konflik yang berlarutan di Asia Barat telah meningkatkan risiko keselamatan global, termasuk di peringkat domestik, berikutan ancaman ekstremis dan proses meradikalkan individu menerusi dalam talian yang semakin meningkat.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam berkata, penglibatan pelaku negara, proksi dan rangkaian militan telah meningkatkan risiko insiden limpahan melangkaui rantau berkenaan.
“Konflik di Asia Barat ini juga berfungsi sebagai titik rujukan bagi naratif ekstremis.
“Kumpulan pengganas dan sekutu mereka telah mengeksploitasi konflik itu untuk menyebarkan propaganda dalam talian bagi menjustifikasikan keganasan serta menghasut serangan pengganas,” katanya pada Rabu.
Menurut Shanmugam, naratif ekstremis juga meningkatkan risiko individu meradikalkan diri sendiri, terutamanya di ruang siber.
“Sejak peningkatan konflik Israel-Hamas pada Oktober 2023, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) telah menahan atau mengeluarkan perintah sekatan terhadap enam rakyat Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang mana proses menjadikan mereka radikal dicetuskan atau dipercepat oleh konflik yang sedang berlaku di Asia Barat,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Parlimen
#keselamatan
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan