awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sirap ubat dikait kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia - KKM

Bernama
Bernama
24/10/2022
06:39 MYT
Sirap ubat dikait kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia - KKM
NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lima produk sirap ubat yang dikaitkan dengan kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia, menurut Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norhaliza A Halim.
Beliau berkata semakan ke atas laman sesawang Badan Pengawas Obat dan Makanan-Republik Indonesia mendapati produk tersebut ialah Termorex Sirup, Flurin DMP Sirup, Unibebi Cough Sirup, Unibebi Demam Sirup dan Unibebi Demam Drops yang dikesan mengandungi ethylene gycol melebihi had dibenarkan.
"Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa kelima-lima produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin.
Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya.
Media melaporkan seramai 133 kanak-kanak maut daripada 99 orang yang dilaporkan sebelum ini akibat kecederaan buah pinggang akut (AKI).
Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin dilapor berkata kematian itu adalah antara 241 kes di 22 wilayah dan kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sirap ubat
#sebabkan kematiam
#kanak-kanak Indonesia
#Kementerian Kesihatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan