Siri cip Intel Arrow Lake Refresh diperkenal dengan prestasi sehingga 15 peratus lebih baik

Core Ultra 7 270K Plus hadir dengan 8 teras Performance dan 16 teras Efficiency (24 teras), manakala Core Ultra 5 250K Plus dan 250KF Plus dilengkapi 6 teras Performance dan 12 teras Efficiency (18 teras). -Foto Amanz
INTEL akhirnya melancarkan siri cip pemprosesan desktop terbaharu, Intel Core Ultra 200S Plus, selepas beberapa bulan spekulasi.
Siri ini memperkenalkan tiga model utama: Core Ultra 7 270K Plus, Core Ultra 5 250K Plus dan Core Ultra 5 250KF Plus, dengan varian KF tidak hadir dengan grafik terbina, lapor Amanz.
Core Ultra 7 270K Plus hadir dengan 8 teras Performance dan 16 teras Efficiency (24 teras), manakala Core Ultra 5 250K Plus dan 250KF Plus dilengkapi 6 teras Performance dan 12 teras Efficiency (18 teras).
Selain mengekalkan sokongan papan induk LGA1851, siri baharu ini turut menambah sokongan memori pantas DDR5‑7200, berbanding 6400 sebelumnya.
Kelajuan maksimum P‑Core Boost bagi Core Ultra 7 270K Plus mencecah 5.5GHz, manakala Core Ultra 5 250K Plus dan 250KF Plus mencapai 5.3GHz, menjadikannya antara cip gaming terpantas Intel setakat ini.
Intel turut mengesahkan peningkatan sehingga 15 peratus prestasi gaming, hasil ujian melibatkan 38 judul permainan, dipacu oleh teras tambahan, kelajuan memori lebih tinggi dan lapisan perisian baharu Intel Binary Optimization Tool.
Cip-cip berprestasi tinggi ini akan mula dijual mulai 26 Mac 2026, pada harga USD$299 bagi Core Ultra 7 270K Plus dan USD$199 untuk Core Ultra 5 250K Plus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
