awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem amaran banjir beroperasi seluruh negara tahun depan

Bernama
Bernama
31/12/2021
14:53 MYT
Sistem amaran banjir beroperasi seluruh negara tahun depan
Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang menunjukkan aplikasi MyPublicInfoBanjir pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sistem amaran Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di seluruh negara akan mula beroperasi sepenuhnya tahun hadapan, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
Beliau berkata sistem itu memberikan amaran dengan membunyikan siren seawal dua hari sebelum banjir berlaku, selain ramalan banjir tujuh hari sebelum ia dijangka berlaku.
"Setakat ini sistem ini digunakan di lembangan sungai di Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan ketepatan 95 peratus.
"Tahun depan ia akan melibatkan lembangan sungai di Sungai Klang dan Sungai Langat. Ketika ini di Pulau Pinang, Kedah dan negeri utara lain sedang berada dalam fasa uji kaji," katanya selepas melawat PRABN di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) mendengar penerangan dari Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang (kanan) mengenai sistem ramalan dan amaran banjir. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) mendengar penerangan dari Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang (kanan) mengenai sistem ramalan dan amaran banjir. - Foto BERNAMA
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meluangkan masa kira-kira sejam melawat PRABN dan mendengar taklimat mengenai situasi semasa aras sungai di Malaysia.
Lawatan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Mansor Othman dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Dr Md Nasir Md Noh.
Dalam pada itu, Zaini berkata sejumlah 120 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negara yang memaparkan situasi masa sebenar banjir kepada umum akan turut beroperasi tahun hadapan.
CCTV itu diletakkan di stesen pemantauan aras air sungai yang terletak di lembangan sungai yang terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem amaran banjir
#Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara
#PRABN
#Zaini Ujang
#KASA
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan