awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem cukai negara mungkin akan diubah - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
16/04/2019
07:17 MYT
Sistem cukai negara mungkin akan diubah - Tun Mahathir
DR MAHATHIR: Beberapa polisi kerajaan masa ini juga lebih menggalakkan import berbanding eksport. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sistem percukaian di negara ini berkemungkinan akan ditukar untuk memastikan peningkatan penggunaan produk tempatan.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, sikap rakyat yang memandang rendah produk negara turut menjadi faktor isu berkenaan.
Jelasnya, beberapa polisi kerajaan masa ini juga lebih menggalakkan import berbanding eksport.
"Kita perlu mengubah dasar kerajaan dan ini akan melibatkan penambahan semula cukai bagi industri tertentu supaya lebih banyak produk akan dihasilkan di dalam negara.
"Bagaimanapun, ia boleh menjadi dasar kerajaan. Kita boleh mengurangkan cukai tetapi kita tidak boleh memaksa orang untuk membeli barang-barang tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab selepas Majlis Pembukaan Technomart Rel 2019, di sini, pada Selasa.
Dr Mahathir turut mahu rakyat negara ini mencontohi masyarakat Jepun yang mengutamakan produk sendiri.
Dalam perkembangan berasingan, Presiden Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC), Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman memohon kerajaan melibatkan syarikat tempatan dalam pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Jelasnya, syarikat tempatan mempunyai kelayakan selain standard pembinaan ECRL.
Topic Berkaitan
#cukai
#ECRL
#Jepun
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#MARIC
#menteri
#Perdana Menteri
#Presiden Pertubuhan Industri Rel Malaysia
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan