awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly

Bernama
Bernama
21/10/2024
03:50 MYT
Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Menurut Adly, berdasarkan penilaian ancaman yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan, kawasan perairan itu kekal bebas dan terbuka untuk komuniti maritim. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Situasi keselamatan perairan negara di Laut China Selatan adalah selamat dan terkawal, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, berdasarkan penilaian ancaman yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan, kawasan perairan itu kekal bebas dan terbuka untuk komuniti maritim.
Beliau menjelaskan, laporan berhubung kehadiran aset maritim China di sempadan maritim negara adalah lebih kepada pasukan pengawal pantai republik itu dan bukannya kapal perang tenteranya.
"Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.
"Kementerian Pertahanan bagaimanapun kekal komited melaksanakan amanah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan aset pertahanan negara berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman di perairan maritim negara, terutama di Laut China Selatan," katanya pada sesi soal jawab.
Topic Berkaitan
#Laut China Selatan
#perairan negara
#kapal China
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan