awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gadis ayu alam maya 'Cik Era' bantu 2,476 orang berhenti merokok
Dakwaan kerajaan abai MA63 hanya retorik politik - Anwar Ibrahim
PM luluskan peruntukan RM1.525 juta kepada lima sekolah pondok, tahfiz di Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari tamat kemarau 13 bulan, juara Terbuka Australia

Bernama
Bernama
15/03/2026
10:47 MYT
Sivasangari tamat kemarau 13 bulan, juara Terbuka Australia
Kejayaan ini juga menamatkan penantian Sivasangari sejak Februari tahun lepas apabila muncul juara Piala Cincinnati Gayor. - Facebook Squash Racquets Association of Malaysia
Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari menamatkan kemarau kejuaraan selama 13 bulan dengan penuh bergaya apabila menewaskan pemain Amerika Syarikat, Marina Stefanoni untuk merangkul gelaran Terbuka Australia 2026 di Brisbane, hari ini.
Pemain pilihan utama kejohanan itu mempamerkan aksi dominan pada kejohanan berstatus emas Persatuan Skuasy Profesional (PSA) apabila hanya memerlukan 28 minit untuk menundukkan piliha ketujuh itu dengan keputusan 11-7, 11-4, 11-8.
Kejohanan tersebut menawarkan hadiah jumlah wang tunai AUD131,000 (RM360,575).
Kemenangan terbaharu itu turut meneruskan rekod cemerlang pemain nombor enam dunia itu ke atas Stefanoni, pemain nombor 19 dunia, selepas pernah menewaskan pemain Amerika itu pada Terbuka Carol Weymuller 2022 serta Kejohanan Dunia PSA musim 2022-2023.
Kejayaan ini juga menamatkan penantian Sivasangari sejak Februari tahun lepas apabila muncul juara Piala Cincinnati Gayor selepas menewaskan pemain Mesir, Amanda Sobhy 11-7, 6-11, 7-11, 11-7, 11-4.
Terdahulu, pemain berusia 27 tahun itu menempah slot ke pentas final selepas menewaskan pilihan keempat dari Belgium, Nele Gilis 11-8, 13-11, 11-4 pada aksi separuh akhir.
— BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sivasangari
#Juara
#Terbuka Australia
#Skuasy
#PSA
#Brisbane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan