awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivik, Pendidikan Moral perlu jadi silibus penting

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2021
00:16 MYT
Sivik, Pendidikan Moral perlu jadi silibus penting
MUHD HAIKAL: Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan serta Pendidikan Moral perlu menjadi silibus penting bagi memahami perbezaan di antara rasuah, hadiah dan cenderahati. - Foto fail
SHAH ALAM:Kemerosotan yang dihadapi oleh negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 akan memberikan gambaran negatif kepada sistem pendidikan di Malaysia.
Pegawai Perhubungan Awam dan Latihan Philandure, Muhd Haikal Luqman Zulkefli berkata, dengan penurunan tersebut, ia menunjukkan sistem pendidikan negara memiliki kelompongan yang menyebabkan aktiviti rasuah terus berleluasa.
“Sistem pendidikan ialah permulaan melahirkan pemimpin yang akan menerajui tampuk kepimpinan akan datang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau turut mencadangkan supaya sistem pendidikan Malaysia ditambah baik khususnya di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).
“Mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan serta Pendidikan Moral perlu menjadi silibus penting dalam mata pelajaran di setiap sekolah.
“Ia perlu diangkat menjadi mata pelajaran yang penting seperti aliran sains tulen, aliran perakaunan dan seni,” katanya.
Beliau turut mencadangkan kepada majikan sama ada daripada agensi kerajaan atau swasta untuk mewujudkan latihan pengurusan organisasi.
“Latihan itu akan menyentuh aspek ketelusan dalam pengurusan kewangan dan peningkatan moral ke arah lebih baik.
“Ia penting untuk memahami perbezaan di antara rasuah, hadiah dan cenderahati,” katanya.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Indeks Persepsi Rasuah
#CPI
#sistem pendidikan negara
#Muhd Haikal Luqman Zulkefli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan