awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim perlindungan kesihatan B40: Tiada syarikat insurans akan dilantik

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
31/10/2018
10:36 MYT
Skim perlindungan kesihatan B40: Tiada syarikat insurans akan dilantik
DR DZULKEFLY: Kerajaan sudah pun hampir bersedia untuk melaksanakan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan B40, dan skim ini bukan berbentuk insurans. - Gambar fail
Kerajaan tidak akan melantik syarikat insurans swasta bagi menguruskan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional bagi kategori golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun depan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata skim tersebut yang bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah akan diuruskan sepenuhnya oleh kementeriannya dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan kerajaan.
"Kerajaan sudah pun hampir bersedia untuk melaksanakan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan B40, dan skim ini bukan berbentuk insurans. Saya jelaskan sebab ada banyak salah faham sebelum ini.
"Ia akan dibiayai oleh kerajaan untuk golongan miskin dan akan dilaksanakan oleh agensi di bawah Kementerian Kesihatan sepenuhnya.
“Skim seumpama Skim Peduli Sihat ini akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka akan dilancarkan sebagai projek perintis pada tahun 2019," katanya dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta menteri itu menjelaskan mengenai status pelaksanaan insurans kesihatan untuk golongan B40.
Menteri itu juga menjamin pelaksanaan skim tersebut tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan sedia ada Kementerian Kesihatan di klinik dan hospital kerajaan.
Katanya caj sedia ada di klinik dan hospital kerajaan iaitu sebanyak RM1 bagi rawatan pesakit luar dan RM5 untuk konsultansi pakar turut dikekalkan walau dengan pelaksanaan skim tersebut.
Jelas beliau pelaksanaan skim tersebut adalah selari dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#B40
#Dzulkefly Ahmad
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Menteri Kesihatan
#Skim Perlindungan Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan