awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim Wilayah Bebas Berniaga dilanjut hingga Jun depan

Bernama
Bernama
27/12/2021
20:00 MYT
Skim Wilayah Bebas Berniaga dilanjut hingga Jun depan
Kata Shahidan ini meringankan beban lebih 4,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di bawah skim tersebut. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tempoh lesen percuma melalui Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Dis ini dilanjutkan hingga Jun tahun depan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan itu dibuat bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di bawah skim tersebut memandangkan negara masih berdepan ancaman COVID-19 dan cabaran ekonomi.
"Walaupun harga dikenakan untuk pembaharuan lesen ini tidak tinggi tetapi sedikit sebanyak inisiatif Wilayah Bebas Berniaga diharap dapat membantu meringankan beban peniaga," katanya kepada Bernama semasa menghadiri Mesyuarat Agong Pemilihan Kali Ke-14 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin.
Beliau turut mengingatkan peniaga agar mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan serta tidak berniaga di lokasi yang boleh mengganggu laluan dan ketenteraman awam.
Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenal pada 15 Nov tahun lepas bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#ekonomi
#peniaga
#Skim Wilayah Bebas Berniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan