awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: 267 anggota polis mengundi awal esok

Bernama
Bernama
24/08/2020
02:38 MYT
Slim Memilih: 267 anggota polis mengundi awal esok
Seramai 267 anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, esok. -Gambar fail
Seramai 267 anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, esok.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata kesemua pengundi awal itu akan menunaikan tanggungjawab mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di sini, bermula 8 pagi hingga 5.30 petang.
Katanya sepanjang proses undi awal, pematuhan garis panduan pencegahan COVID-19 yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan dan saringan suhu badan akan dilaksanakan.
"Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati pilihan raya yang dilantik oleh SPR dan ia juga disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ikmalrudin berkata peti undi akan disimpan di lokap IPD Muallim dan pengiraannya akan dibuat semasa hari pengundian pada 29 Ogos ini di pusat pengiraan undi di Majlis Daerah Tanjung Malim.
"SPR berharap para pengundi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka," katanya.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru S. Santharasekaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Slim
#koronavirus
#pelitup muka
#penjarakan fizikal
#pensanitasi tangan
#pilihan raya kecil
#PRK
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan