awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat, jangan sombong antara perkara diterapkan penerima Anugerah Keluarga Mithali

Bernama
Bernama
20/11/2018
08:39 MYT
Solat, jangan sombong antara perkara diterapkan penerima Anugerah Keluarga Mithali
Harun (tengah) diraikan oleh keluarga beliau pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kamunting hari ini. - BERNAMA
Solat, pantau anak ulangkaji pelajaran, jangan sombong dan menghormati orang lain, adalah perkara yang diterapkan oleh penerima Anugerah Keluarga Mithali dalam mendidik 11 anaknya untuk berjaya.
Penceramah agama, Harun Othman, 83, berkata beliau menerapkan didikan agama terhadap 11 orang anaknya iaitu tujuh lelaki dan empat perempuan, walaupun menempuhi pelbagai ujian yang hebat.
"Anak diasuh dengan didikan agama agar kelak menjadi insan yang bermanfaat pada masyarakat. Anak-anak diajar untuk menjaga solat dan ibadat disamping sentiasa pantau dalam mengulangkaji pelajaran.
"Anak-anak saya juga diasuh agar tidak sombong pada masyarakat dan sentiasa membantu orang dalam kesusahan,"katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dekat Kamunting hari ini.
Daripada 11 anak beliau, sembilan menjejakkan kaki ke menara gading dan memperolehi ijazah serta diploma dalam pelbagai bidang termasuk Syariah dan Perubatan dan kini bertugas dengan beberapa jabatan kerajaan.
Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Harun yang berupa wang tunai RM5,000, plak, sijil penghargaan serta hadiah iringan.
Raja Jaafar turut berkenaan menyampaikan Anugerah Pendakwah kepada Aman Asnida Abdullah, Anugerah Imam diungguli Shuhim Ali Othman, Idris Sulaiman penerima Anugerah Bilal dan Mior Osman Mat Aleh penerima Anugerah Siak.
Turut berangkat pada sambutan itu Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi.
Majlis yang berlangsung seawal 10 pagi itu turut diadakan ceramah Maulidur Rasul, selawat beramai-ramai dan penyampaian anugerah pegawai masjid, pendakwah dan keluarga mithali. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Harun Othman
#keluarga mithali
#Maulidur Rasul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan