awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SekPur buat laporan SPRM, minta siasat dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
Krisis tenaga global tekan harga minyak, subsidi kerajaan meningkat – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti Palestin: Solat hajat selepas Jumaat di masjid, surau di Selangor

Bernama
Bernama
05/04/2023
20:30 MYT
Solidariti Palestin: Solat hajat selepas Jumaat di masjid, surau di Selangor
Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini. - Foto fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.
Dalam kenyataan malam tadi, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia sebagai tanda solidariti kepada semua mangsa dalam serangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan lebih 350 rakyat Palestin ditahan.
Katanya kerajaan negeri dan rakyat Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan itu yang berlaku sebelum waktu subuh ketika jemaah Palestin berada di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.
"Kerajaan Selangor menyatakan solidariti bersama warga Palestin dan mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, tindakan provokasi yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia terutamanya pada bulan yang penuh mustajab ini," katanya.
Amirudin berkata tindakan kejam itu kerap berulang terutamanya pada Ramadan seperti yang berlaku pada April tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Solidariti Palestin
#masjid dan surau di Selangor
#solat hajat
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan