awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP 'dua darjat' sukarkan usaha profesional kesihatan - MHC

Hakim Rahman
Hakim Rahman
09/02/2021
08:44 MYT
SOP 'dua darjat' sukarkan usaha profesional kesihatan - MHC
Kata MHC, profesional kesihatan tidak mampu melawan COVID-19 tanpa kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kesihatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menggesa agar Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang melonggarkan peraturan kuarantin kepada Menteri untuk menjalani tempoh pemerhatian selama tiga hari segera dibatalkan.
MHC berpendapat tiada penjelasan munasabah, bukti sains atau fakta yang menyokong pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam mengubah prosedur operasi standard (SOP) kuarantin COVID-19.
“SOP yang tidak berpandukan sains dan bukti akan menghakis keyakinan terhadap SOP. Penguatkuasaan SOP dua darjat akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap ahli politik semakin merosot.
“Profesional kesihatan tidak mampu melawan COVID-19 tanpa kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kesihatan,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan MHC hari ini.
Pada Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan tempoh kuarantin bagi Menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari berkuat kuasa 9 Februari 2021.
BACA: Tarik balik SOP kuarantin baharu untuk menteri, gesa Kit Siang
BACA: COVID-19: Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari
Pengumuman itu turut mencetuskan debat dan kemarahan orang ramai di media sosial.
“Perintah Pengecualian ini memaktubkan SOP yang tidak adil dan akan melemahkan usaha untuk mengawal pandemik COVID-19,” kata kenyataan itu lagi.
Justeru MHC menggesa agar Perintah Pengecualian terbabit dibatalkan segera.
Topic Berkaitan
#SOP
#politik
#rakyat
#menteri
#COVID-19
#Sains
#MHC
#Gabungan Kesihatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan