awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP pembukaan rumah ibadat dimuktamadkan Isnin

Bernama
Bernama
16/05/2020
05:30 MYT
SOP pembukaan rumah ibadat dimuktamadkan Isnin
Gereja Katolik Assumption di Petaling Jaya ditutup untuk sebarang aktiviti keagamaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar BERNAMA
Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dimuktamadkan pada Isnin ini (18 Mei).
Satu mesyuarat antara Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama wakil-wakil badan agama diadakan secara dalam talian hari ini secara amnya membincangkan cadangan SOP yang dibangunkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut kenyataan KPN hari ini, wakil pelbagai agama seperti Buddha, Kristian, Hindu, Tao dan Sikh yang menyertai mesyuarat itu juga mengemukakan maklum balas serta cadangan senarai rumah ibadat terpilih dalam kawasan zon hijau kepada pihak KPN.
Antara badan agama yang menyertai mesyuarat itu adalah Persekutuan Kristian Malaysia, Majlis Gurdwara Malaysia, Persatuan Penganut Buddha Malaysia, Persatuan Penganut Buddha Belia Malaysia dan Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia.
Turut menyertai ialah Persatuan Belia Kristian Malaysia, Fo Guang Shan Malaysia, Singapore, Thailand and Indonesia; National Evangelical Christian Fellowship Malaysia, Malaysia Hindu Sanggam, Persatuan Mubaligh Buddha Malaysia dan Majlis Gereja-Gereja Malaysia.
KPN memaklumkan, mesyuarat susulan akan diadakan pada Isnin ini bagi memuktamadkan SOP berkenaan.
Menurut kenyataan KPN, Halimah akan membentangkan senarai rumah ibadat dalam zon hijau yang dibenarkan untuk dibuka semasa PKPB termasuk SOP yang berkaitan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa (19 Mei) - BERNAMA
Topic Berkaitan
#badan agama
#Buddha
#COVID19
#Hindu
#Kementerian Kesihatan
#kementerian perpaduan negara
#Kristian
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#prosedur operasi standard
#rumah ibadat
#Sikh
#SOP
#Tao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan