awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP pusat tahfiz perlu diselaraskan - Ali Rustam

Bernama
Bernama
29/04/2017
23:42 MYT
SOP pusat tahfiz perlu diselaraskan - Ali Rustam
ALI RUSTAM: Penyeragaman berkaitan dengan aspek kebajikan murid adalah perlu agar pemantauan dapat dilaksanakan secara menyeluruh. -Gambar fail
Sistem Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan pusat tahfiz perlu diselaraskan bagi memastikan pusat itu mampu melahirkan generasi al-Quran yang bertaqwa dan berdaya saing dari segi akademik.
Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata penyeragaman berkaitan dengan aspek kebajikan murid termasuk tahap keselamatan, kesihatan, pemakanan dan bentuk hukuman adalah perlu agar pemantauan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
"Justeru, semua pengusaha pusat tahfiz disaran agar mendaftar dengan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing bagi mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.
"Secara tidak langsung ia dapat mengangkat kualiti pusat tahfiz dalam melahirkan murid dan pelajar cemerlang sekali gus merapatkan jurang antara sekolah-sekolah yang lain," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Terdahulu, beliau menghadiri Ceramah Rang Undang-undang 355 yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang di sini pada Sabtu.
Ceramah berkenaan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai penangguhan perbahasan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355.
Mohd Ali meminta agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden membabitkan pelajar tahfiz di Kota Tinggi, Johor Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, kerana siasatan masih dijalankan.
"Penderaan berlaku di mana-mana termasuk di sekolah dan institusi pengajian tinggi...oleh itu, kes seperti ini tidak perlu (buat andaian sendiri) hingga memberi gambaran (negatif) kepada ibu bapa seolah-olah semua pusat tahfiz begitu.
Tindakan itu (spekulasi) boleh mengelirukan masyarakat dan boleh mencemar (nama baik) institusi berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden malang yang menimpa Allahyarham Mohamad Thaqif, 11, yang meninggal dunia Rabu lepas selepas didakwa dipukul oleh pembantu warden di sekolah tahfiz di mana dia belajar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#generasi al-Quran
#Mohd Ali Rustam
#pusat tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan