awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD kaji kadar tambang pengangkutan darat

Bernama
Bernama
04/09/2013
23:00 MYT
SPAD kaji kadar tambang pengangkutan darat
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kadar tambang industri pengangkutan darat secara menyeluruh ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, Isnin lalu.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya peka dengan kenaikan itu dan kini sedang meneliti kesan langsung dan tidak langsung terhadap kenaikan itu.
"Kajian ini akan mengambil kira komponen kos operasi seperti bahan api, upah, kos penyelengaraan dan insurans," katanya.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa SPAD akan memastikan hasil kajian itu tidak membebankan rakyat atau pengendali pengangkutan awam.
Syed Hamid juga memaklumkan bahawa SPAD tidak mempunyai sebarang halangan jika pengendali industri pengangkutan awam memohon agar tambang dinaikkan mengikut perkembangan terkini.
"Namun, keputusan untuk menaikkan kadar tambang hanya boleh dibuat selepas SPAD selesai mengkaji kadar tambang tersebut secara menyeluruh dan holistik untuk kerajaan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya.
Topic Berkaitan
#kaji tambang
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan