awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker DUN Perlis failkan permohonan batalkan saman pemula tiga bekas ADUN

Bernama
Bernama
25/02/2026
20:31 MYT
Speaker DUN Perlis failkan permohonan batalkan saman pemula tiga bekas ADUN
Rus'sele Eizan, Speaker DUN Perlis. - Foto Sinar Harian
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus'sele Eizan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Mahkamah Tinggi Kangar di sini.
Peguam yang mewakili Rus'sele, Wan Rohimi Wan Daud berkata permohonan pembatalan berkenaan difailkan pada Isnin lepas.
Sementara itu, mengenai pengurusan kes saman pemula itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas melalui aplikasi Zoom petang semalam, Wan Rohimi berkata mahkamah menetapkan tempoh hingga 25 Mac ini untuk pihak plaintif memfailkan jawapan terhadap afidavit Rus'sele.
"Mahkamah juga tetapkan tempoh untuk defendan membalas pada 15 April 2026. Selanjutnya, satu prosiding (melalui) Zoom di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi untuk tetapkan bicara permohonan dan arahan berkaitan pada 16 April 2026," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Bernama malam tadi.
Pada 2 Jan lepas, media melaporkan tiga bekas wakil rakyat, iaitu Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping) memfailkan saman pemula terhadap Rus'sele kerana mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi kerusi yang diwakili mereka.
Sebelum itu, pada 25 Dis tahun lepas, Rus'sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga wakil rakyat PAS itu terhenti serta-merta, selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
Keputusan itu susulan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 24 Dis 2025 yang memaklumkan bahawa keahlian ketiga-tiga ADUN terbabit terhenti berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Tiga bekas ADUN itu diwakili Peguam Mohd Jamil Yaacob.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Speaker DUN Perlis
#saman pemula
#bekas ADUN
#Mahkamah Tinggi Kangar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan