awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan

Bernama
Bernama
24/11/2024
10:21 MYT
SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Ar Mohd Jamil ditemu bual media pada Program Santuni MADANI 'Satu Kampung, Satu Pemimpin' di Kampung Rapat Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Mohd Jamil Idris berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding tahun ini yang mencatatkan jumlah pembinaan sekitar 3,500 unit.
"Daripada 5,000 unit itu, SPNB kenal pasti Kelantan merupakan antara negeri tertinggi yang merekodkan permohonan bagi kelulusan pembinaan RMR ini.
"Di pihak SPNB sendiri, kita yakin projek ini akan berjaya dilaksanakan dan dengan peningkatan jumlah permohonan RMR ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sihat @Jom Mlaku 2024 yang melibatkan 300 penduduk di Kampung Rapat Jaya di sini hari ini.
Mohd Jamil berkata mana-mana individu yang berminat untuk memiliki RMR boleh melayari laman sesawang SPNB untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung perkara itu.
"Permohonan dibuka sepanjang tahun dan individu yang berminat perlu meneliti syarat-syarat ditetapkan di laman sesawang SPNB," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syarikat Perumahan Negara Berhad
#Rumah Mesra Rakyat
#SPNB
#Mohd Jamil Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan