awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR tunggu pemakluman kekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Bernama
Bernama
24/07/2023
04:37 MYT
SPR tunggu pemakluman kekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat khas untuk menentukan writ-writ penting pilihan raya, akan ditentukan suruhanjaya itu sebaik menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram susulan penyandangnya meninggal dunia.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat khas untuk menentukan writ-writ penting pilihan raya, akan ditentukan suruhanjaya itu sebaik menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker.
"Kami tunggu pemakluman rasmi kekosongan Parlimen dari Speaker Dewan Rakyat dan DUN Johor dari Speaker Johor," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pilihan Raya Kecil (PRK) kedua-dua kawasan itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, semalam.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#meninggal dunia
#SPR
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan