awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM geledah rumah exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2017
15:14 MYT
SPRM geledah rumah exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh
SPRM menggeledah kediaman Pengerusi Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pada petang Jumaat. -Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah kediaman Pengerusi Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pada petang Jumaat.
Kenderaan SPRM dilihat memasuki taman perumahan di Sungai Puyu dekat sini kira kira jam 5.35 petang dan kemudian keluar dari kawasan itu kira-kira jam 7.05 petang.
Boon Poh yang ditahan SPRM itu pada jam 3 petang Jumaat turut dibawa ke rumahnya untuk mencari dokumen berkaitan kilang haram memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh.
Beliau yang juga Adun Sungai Puyu ditahan ketika sedang memberi keterangan berhubung isu tersebut.
Penahanan Booh Poh dibuat selepas SPRM menyerbu Pejabat Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan kilang haram terbabit pada Khamis.
Topic Berkaitan
#kilang haram
#Majlis Perbandaran Seberang Perai
#MPSP
#SPRM
#Sungai Puyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan