awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM nafi tempatkan pegawai di MITRA

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/11/2023
04:08 MYT
SPRM nafi tempatkan pegawai di MITRA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terdapat pagawainya ditempatkan di Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terdapat pagawainya ditempatkan di Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pegawainya dilarang terlibat dalam mana-mana mesyuarat lembaga, jawatankuasa atau urus setia berkaitan perolehan di agensi luar mengikut 1Perkeliling Perbendaharaan (1PP).
"Berhubung isu penyelewengan dana MITRA, SPRM telah selesai membuat siasatan terhadap kes berkenaan dari tahun 2019 ke 2021 dan telah berjaya mendapatkan pendakwaan terhadap 12 kes dengan 10 kes masih dibicarakan di mahkamah manakala dua kes tertuduh telah mengaku bersalah.
"Hasil dapatan siasatan, SPRM juga telah mengambil tindakan mengkaji tatakelola pengurusan dana MITRA untuk tujuan mengukuhkan tatacara dan ketelusan pengagihan dana MITRA kepada masyarakat India di negara ini," kata SPRM pada Ahad.
Pada Khamis, media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA, Datuk R. Ramanan mendakwa, SPRM telah menempatkan pegawainya di pejabat MITRA untuk memastikan tiada salah urus berlaku termasuk menghadiri mesyuarat unit itu.
Sementara itu, SPRM turut memaklumkan, Laporan Khidmat Nasihat Amalan, Sistem dan Tatacara Pengurusan Sosioekonomi Masyarakat India oleh MITRA telah diberikan kepada Kementerian Perpaduan Negara pada 22 Februari 2022 sebagai langkah pencegahan untuk menutup sebarang ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana kerajaan.
"Untuk makluman, Akta SPRM 2009 memperkasakan SPRM bukan hanya untuk menyiasat rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa malah tindakan pencegahan untuk memastikan kesalahan yang sama tidak berulang pada masa hadapan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#SPRM
#SPRM nafi
#Mitra
#Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan