awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM, PDRM perkukuh kerjasama strategik untuk pastikan ketelusan, akauntabiliti

Bernama
Bernama
28/01/2026
13:44 MYT
SPRM, PDRM perkukuh kerjasama strategik untuk pastikan ketelusan, akauntabiliti
Komitmen itu bertepatan dengan kepentingan penghayatan prinsip NACS sebagai panduan membentuk budaya kerja berintegriti dan berakauntabiliti. - Facebook SPRM Johor
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited memperkukuh kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan terus terpelihara.
Pengarah SPRM Johor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim dalam kenyataan memaklumkan komitmen itu bertepatan dengan kepentingan penghayatan prinsip Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) sebagai panduan utama dalam membentuk budaya kerja berintegriti dan berakauntabiliti.
Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Kunjungan hormat itu antara lain meneroka peluang penganjuran program sukan dan rekreasi bersama yang dirancang tahun ini di samping aspek operasi termasuk penggunaan kemudahan lokap, sekiranya diperlukan.
Menerusi kenyataan sama, Ab Rahaman mencadangkan agar sebarang siasatan membabitkan pegawai PDRM disegerakan bagi memastikan ketelusan dan mengekalkan keyakinan awam terhadap integriti agensi penguatkuasaan.
Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor Hairul Ilham Hamzah serta Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor SAC Chuah Yong Huat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#PDRM
#kerjasama
#integriti
#akauntabiliti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan