awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000

Bernama
Bernama
10/02/2026
06:45 MYT
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
Pembantu Tadbir Kanan dan Penolong Pegawai Tadbir sebuah jabatan di Perlis itu ditahan kira-kira 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis. - Gambar hiasan
KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman Pembantu Tadbir Kanan dan Penolong Pegawai Tadbir sebuah jabatan di Perlis bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan palsu bagi kerja membekal serta menghantar diesel berjumlah RM114,000 pada 2023 dan 2024.
Sumber SPRM berkata lelaki berusia 43 dan 37 tahun itu direman lima hari bermula hari ini selepas Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar Mohd Amiruldin Roslan membenarkan permohonan dibuat SPRM Perlis hari ini.
"Mereka ditahan kira-kira 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis," katanya hari ini.
Sumber berkata dua syarikat kontraktor dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bagi kerja Membekal dan Menghantar Bahan Bakar Diesel di jabatan itu bagi tahun 2023 melibatkan 14,000 liter bahan api berjumlah lebih RM50,000 manakala bagi 2024 melibatkan 16,000 liter bernilai lebih RM60,000.
Beliau berkata siasatan mempercayai dua penjawat awam terbabit telah menggunakan syarikat terlibat bagi tujuan tuntutan namun pembekalan masih belum disempurnakan.
"Dua suspek itu dipercayai terlibat dalam memperakukan penerimaan pada pesanan kerajaan bagi pembekalan tersebut bagi tujuan pembayaran," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#SPRM
#penjawat awam
#direman
#tuntutan palsu
#jabatan di Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan