awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
Institusi pendidikan perlu percepat pengenalan kursus, disiplin baharu - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM reman pegawai polis disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM20,000

Bernama
Bernama
31/03/2026
11:42 MYT
SPRM reman pegawai polis disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM20,000
Perintah reman empat hari hingga 3 April dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini. - Gambar SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000, hujung tahun lepas.
Perintah reman empat hari hingga 3 April dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Sumber SPRM memberitahu, sogokan itu dipercayai sebagai balasan menukar pertuduhan ke atas seorang individu yang terlibat dalam kes lalu lintas.
Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 12.50 tengah hari semalam dalam serbuan di sebuah kedai makan di Sungai Petani.
“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima wang rasuah kira-kira RM2,000 secara tunai sekitar pertengahan Disember tahun lepas.
“Ketika tangkapan dilakukan semalam, suspek disyaki meminta lagi kira-kira RM20,000 daripada mangsa,” menurut sumber itu hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#polis
#Rasuah
#kes lalu lintas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan