awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sah buka kertas siasatan dakwaan penyelewengan RM600 bilion

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
08/12/2022
09:25 MYT
SPRM sah buka kertas siasatan dakwaan penyelewengan RM600 bilion
SPRM mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, bukti atau dokumen berkaitan kes itu untuk tampil ke pejabat SPRM berdekatan bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, SPRM mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, bukti atau dokumen berkaitan kes itu untuk tampil ke pejabat SPRM berdekatan bagi membantu siasatan.
Katanya, sekiranya perlu, SPRM akan menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen berkaitan dakwaan itu.
"SPRM akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional dari semua sudut berkaitan hal itu," katanya.
Isu RM600 bilion | Terdapat peruntukan berpuluh bilion Ringgit ada pelanggaran - PM
BACA: Isu RM600 bilion: 'Tiada apa yang disorok, saya akan bekerjasama' - Tengku Zafrul
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.
Menurut beliau, Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa pelanggaran melibatkan isu itu.
Topic Berkaitan
#SPRM
#penyelewengan kerajaan
#RM600 bilion
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan