awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan dua guru besar disyaki buat tuntutan palsu RM500,000

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2024
11:23 MYT
SPRM tahan dua guru besar disyaki buat tuntutan palsu RM500,000
SPRM Sarawak menahan reman tiga individu kerana disyaki membuat tuntutan mengandungi butiran mantan palsu bernilai kira-kira RM500,000. - Foto SPRM
SIBU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman tiga individu kerana disyaki membuat tuntutan mengandungi butiran mantan palsu bernilai kira-kira RM500,000.
Semua suspek tersebut telah ditahan kira-kira jam 10 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sibu, Sarawak.
Mereka yang ditahan itu termasuk dua orang guru besar sekolah rendah.
Majistret, Ong Kork Chern mengeluarkan tahanan reman lima hari terhadap dua suspek manakala reman empat hari dikenakan terhadap seorang lagi suspek.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2022.
Jelasnya, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu untuk kerja penyelenggaraan sistem telaga tiub di empat buat sekolah sekitar negeri ini kepada pejabat pendidikan daerah (PPD).
Tuntutan itu dibuat sedangkan kerja penyelenggaraan tersebut tidak dilaksanakan kerana sistem telaga itu telah rosak sejak tahun 2021.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Tegasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#SPRM
#tuntutan palsu
#Guru Besar
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan