awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan dua lelaki terlibat projek pembekalan bantuan banjir

Bernama
Bernama
25/07/2023
12:53 MYT
SPRM tahan dua lelaki terlibat projek pembekalan bantuan banjir
Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam pembekalan barangan keperluan mangsa banjir bernilai kira-kira RM900,000.
Sumber berkata suspek pertama merupakan bekas pengurus operasi sebuah yayasan dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya untuk mengesyorkan syarikat milik suspek kedua yang mempunyai hubungan persaudaraan bagi membekalkan barangan berkenaan pada tahun lepas.
Beliau berkata kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir untuk memberi keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi tujuan permohonan reman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#hubungan persaudaraan
#MAHKAMAH Majistret Shah Alam
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan