awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan inspektor, sarjan minta rasuah tauke buka kedai vape sewaktu PKPB

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2020
05:44 MYT
SPRM tahan inspektor, sarjan minta rasuah tauke buka kedai vape sewaktu PKPB
Kedua-dua suspek direman selama lima hari bermula Khamis.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan inspektor dan sarjan polis kerana disyaki meminta rasuah RM5,000 daripada seorang peniaga kedai vape yang beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kedua-dua suspek direman selama lima hari bermula Khamis selepas ditahan secara berasingan di sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang, antara jam 7 petang hingga 10 malam Rabu.
Permohonan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Farhana Abu Hassan di Lokap Sentral Bayan Baru dan Hospital Pulau Pinang, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 46 dan 53 tahun itu dipercayai meminta wang rasuah tersebut sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit yang membuka kedai tanpa kebenaran ketika PKPB masih berkuat kuasa.
Katanya, siasatan awal mendapati, pada mulanya sarjan terbabit meminta dan menerima wang RM3,000 daripada peniaga berkenaan sebelum inspektor itu pula meminta RM5,000 dan mengarahkan sarjan itu mengambilnya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#peniaga
#perintah kawalan pergerakan
#PKPB
#polis
#Rasuah
#SPRM
#suspek
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan