awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000

Astro AWANI
Astro AWANI
04/04/2026
15:08 MYT
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 70-an itu telah ditahan kira-kira 3 petang, Khamis lepas ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang bekas pengerusi sebuah kuil di negeri itu, kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana kuil tersebut berjumlah RM50,000.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 70-an itu telah ditahan kira-kira 3 petang, Khamis lepas ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada November 2021 dan turut bersubahat dengan seorang lagi individu yang ditahan Mac lepas, dengan mengemukakan invois tuntutan bayaran perkhidmatan konsultansi berjumlah RM50,000 bagi tujuan kerja-kerja pembaikan kuil berkenaan.
“Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut dipercayai tidak pernah dilaksanakan dan hanya helah untuk mengelirukan pihak pengurusan kuil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber itu berkata kini siasatan tertumpu kepada kuil tersebut yang telah wujud sejak tahun 1950-an dan sumber kewangan utama kuil tersebut ialah melalui sumbangan serta derma daripada penganut agama Hindu yang beribadah di situ.
Beliau berkata siasatan turut mendapati pendaftaran kuil tersebut telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Oktober 2024 dan pada masa yang sama, kuil tersebut juga didapati dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.
“Keadaan kuil yang tidak berdaftar menyebabkan ketiadaan pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap pengurusan kewangan dan perbelanjaannya, sekali gus membuka ruang kepada berlakunya penyelewengan dana sumbangan orang awam.
“Penyelewengan ini dipercayai telah memberi kesan kepada operasi serta kebajikan kuil, termasuk menjejaskan aktiviti keagamaan dan kepercayaan penganut terhadap pengurusan institusi tersebut,” kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata kedua-dua suspek akan didakwa dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Tahan
#seleweng
#dana
#kuil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan