awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Colombia isytihar darurat selepas banjir ragut 18 nyawa
Sepanyol, Portugal dalam keadaan berjaga-jaga selepas ribut cetus kerosakan
21 maut feri penumpang karam di Sungai Nil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tolak dakwaan tidak berasas, tegaskan siasatan bebas dan telus

Astro AWANI
Astro AWANI
12/02/2026
09:33 MYT
SPRM tolak dakwaan tidak berasas, tegaskan siasatan bebas dan telus
SPRM menolak dakwaan tidak berasas dan berniat jahat susulan laporan media antarabangsa yang didakwa cuba mencemar reputasi agensi itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan yang disifatkan sebagai tidak berasas dan berniat jahat, susulan laporan sebuah media antarabangsa yang didakwa cuba mencemarkan reputasi agensi itu.
Dalam satu kenyataan, SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengulas dakwaan berbentuk tohmahan atau spekulatif, khususnya melibatkan perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah atau tertakluk kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.
“Sebarang dakwaan bahawa siasatan SPRM dipengaruhi kepentingan peribadi adalah tidak benar dan ditolak sama sekali,” menurut kenyataan itu.
SPRM menegaskan semua siasatan dijalankan secara profesional, berpandukan bukti dan selaras dengan peruntukan undang-undang, tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Menurut suruhanjaya itu, sebarang keputusan berkaitan pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara serta sistem kehakiman, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa dalam kerangka perundangan negara.
SPRM turut menjelaskan bahawa fungsi dan peranannya diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, serta tertakluk kepada pemantauan lima badan bebas.
“Sebarang dakwaan salah laku tidak boleh diadili melalui naratif media, sebaliknya perlu dinilai menerusi sistem perundangan dan proses keadilan yang ditetapkan,” katanya.
Sehubungan itu, SPRM menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti sahih berkaitan rasuah atau salah laku supaya menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.
Topic Berkaitan
#SPRM
#dakwaan
#media antarabangsa
#reputasi
#spekulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan