awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SST eksport makanan laut di Sabah ditangguhkan

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
06/08/2021
11:20 MYT
SST eksport makanan laut di Sabah ditangguhkan
Jeffrey berkata, kajian lanjut berkaitan keadaan ekonomi di Sabah, terutama situasi semasa industri perniagaan di wilayah ini juga akan dilaksanakan.
KOTA KINABALU: Pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) bagi eksport makanan laut ditangguh sehingga keadaan ekonomi bertambah baik.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan maklum balas daripada para peniaga.
Tambahnya, kajian lanjut berkaitan keadaan ekonomi di Sabah, terutama situasi semasa industri perniagaan di wilayah ini juga akan dilaksanakan.
"Kerajaan ambil maklum dan prihatin akan respon peniaga, terutama daripada industri makanan laut, terhadap pelaksanaan SST selain tidak adil memberikan tekanan tambahan terhadap sektor swasta pada masa ini.
"Kementerian saya telah membincangkan situasi ini dengan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan, dan memutuskan bahawa, walaupun kita tidak dapat membatalkan cukai tersebut, pelaksanaan cukai ini ditunda serta merta ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak," katanya dalam sebuah kenyataan media pada Jumaat.
Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata beliau berharap penangguhan cukai jualan ke atas industri eksport makanan laut akan membantu pemain industri.
Tambahnya, kerajaan akan sentiasa menyokong sektor swasta yang merupakan tulang belakang ekonomi Sabah dan penyumbang peluang pekerjaan terbesar di wilayah ini.
Topic Berkaitan
#Cukai Jualan Negeri
#SST
#eksport makanan laut
#Jefrrey Kitingan
#Timbalan Ketua Menteri
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan