awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SST: Menteri akui harga telur gred B dan C naik

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2018
14:42 MYT
SST: Menteri akui harga telur gred B dan C naik
Saifuddin menjelaskan beliau sendiri telah membuat tinjauan di beberapa pasaraya dan meminta senarai barangan yang menjadi pilihan pengguna setiap hari. - Gambar fail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui harga telur gred B dan C meningkat selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September lepas.
Saifuddin berkata, telur gred B dan C itu merupakan antara 25 barangan harian yang paling banyak dibeli oleh pengguna di pasaraya-pasaraya di seluruh negara.
"Yang ini (harga telur gred B dan C) harga naik, yang ini saya mengaku secara jujur ada kenaikan harga sejak SST dilaksanakan 1 September lepas.
"Apa tindakan kementerian (KPDHEP)? Sudah tentu kementerian akan menghubungi pembekal setelah kita melihat harganya begitu," katanya dalam program Agenda AWANI malam ini.
Saifuddin menjelaskan beliau sendiri telah membuat tinjauan di beberapa pasaraya dan meminta senarai barangan yang menjadi pilihan pengguna setiap hari.
Topic Berkaitan
#barangan
#gred B
#gred C
#KPDHEP
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#pengguna
#Saifuddin Nasution Ismail
#SST
#telur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan