awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status FB Astro AWANI dimanipulasi

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2020
11:02 MYT
Status FB Astro AWANI dimanipulasi
Untuk rekod, Astro AWANI tidak pernah memuat naik ringkasan teks mahupun artikel berkenaan dalam bahasa Inggeris.
Salah satu hantaran di Facebook Astro AWANI telah dimanipulasi hingga menimbulkan kekeliruan kerana maksudnya jauh berbeza daripada konteks sebenar.
Dalam hantaran asal pada sekitar jam 6.30 petang (Selasa, 25 Feb 2020) itu, Facebook Astro AWANI telah memuat naik pautan artikel bertajuk ‘Kesepaduan Malaysia dalam mendepani kecelaruan politik harus dipuji’.
Hantaran tersebut disertai ringkasan teks: ‘Di sebalik kemelut politik, rakyat Malaysia keseluruhannya tetap matang dan menolak tindakan keganasan.’
Malangnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan paparan imej hantaran tersebut dalam terjemahan bahasa Inggeris dengan maksud yang tidak sama, iaitu ‘Despite the political turmoil, Malaysians as a whole have continued to rebel and resort to violence’.
Untuk rekod, Astro AWANI tidak pernah memuat naik ringkasan teks mahupun artikel berkenaan dalam bahasa Inggeris.
Pihak Astro AWANI mendapati bahawa kekeliruan itu terjadi apabila pihak tertentu menggunakan aplikasi terjemahan langsung menerusi Internet hingga memberi maksud yang salah dan negatif.
Pengguna Internet dinasihatkan supaya merujuk kepada laman web dan akaun media sosial rasmi Astro AWANI untuk mendapatkan berita sebenar.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#dimanipulasi
#Facebook
#Semak Fakta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan