awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Struktur bangunan mungkin tak ikut spesifikasi - Khalid Samad

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/02/2020
03:13 MYT
Struktur bangunan mungkin tak ikut spesifikasi - Khalid Samad
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang Jumaat, sebahagian tingkat enam kondominium 38 tingkatyang dalam pembinaan di Taman Desa,Jalan Klang Lama, runtuh ketika dua pekerja lelaki dipercayai warga Bangladesh berada di situ. - Gambar fail
Kejadian bangunan runtuh melibatkan tapak pembinaan kondominium di Taman Desa pada Jumaat mungkin berpunca daripada struktur bangunannya yang tidak mengikut spesifikasi.
Demikian menurut Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini.
"Ia bukan tanah runtuh dan kejadian berlaku sebelum hujan.
"Mungkin struktur bangunan itu sendiri tidak mengikut spesifikasi sehingga roboh dari tingkat enam ke bawah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program pelancaran 'Kempen KITA' di Perumahan Awam Seri Perak hari ini.
Setakat ini, pihak terlibat sedang membuat kajian berhubung insiden tersebut sebelum mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Semalam, dua mangsa yang merupakan pekerja kontrak warga Bangladesh terperangkap di bawah runtuhan sebelum berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat.
Kedua-duanya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Buat masa ini, kawasan pembinaan tersebut ditutup untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) membuat penilaian.
Runtuhan yang berlaku pada jam 3.30 petang Jumaat melibatkan ruangan parkir tingkat enam yang runtuh sehingga tingkat satu.
Topic Berkaitan
#bangunan runtuh
#Kajian
#Khalid Samad
#kondominium
#roboh
#spesifikasi
#Taman Desa
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan