awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami Azean Irdawati meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2024
22:15 MYT
Suami Azean Irdawati meninggal dunia
Allahyarham Khairil Anwar meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada petang Ahad. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Suami seniwati Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 72, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada petang Ahad.
Perkara tersebut dikongsikan anak bongsunya, Ineesa Irdayanty menerusi hantaran di Facebook.
"Salam semua, abah baru pulang ke rahmatullah pada jam 5.12 petang di Hospital Sungai Buloh.
"Minta sedekah al-Fatihah dan doakan abah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin," katanya.
Dalam hantaran berasingan, Ineesa Irdayanty turut memaklumkan urusan mandi dan solat jenazah akan dilakukan pada jam 9 pagi di Jalan SS 3/19, Taman Universiti, Petaling Jaya.
Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, Persiaran Mahogani, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Sementara itu, rakan artis, Sharifah Shahirah turut berkongsi mengenai khabar duka tersebut melalui Instagram beliau.
Penyampai radio Suria FM itu turut memaklumkan bahawa arwah sentiasa mengikuti perkembangan rapat mengenai stesen radio berkenaan.
"Semoga urusan jenazah Allahyarham dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Arwah Abang Karl selalu mesej dan mengikuti radio Suria FM.
"Semoga tenang di sana," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#suami Azean Irdawati
#meninggal dunia
#Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi
#Abang Karl
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan