awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2024
01:50 MYT
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Pasangan terbabit akan direman hari ini untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri diberkas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini.
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor kira-kira jam 7.15 malam, pada Jumaat.
Polis kemudian menemui sepucuk pistol dalam beg galas dalam sebuah kereta semasa pemeriksaan di kediaman suspek di Kuala Selangor.
Sumber berkata, suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis.
Difahamkan, pasangan terbabit akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.
Pada Jumaat, dalam sidang akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan penahanan suspek warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.
Polis turut menemui enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru.
Turut dijumpai, dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Soal siasat suspek mendakwa mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#suami isteri
#lelaki Israel
#senjata api
#hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan