awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak

Bernama
Bernama
14/07/2024
00:40 MYT
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Polis Daerah Kemaman menerima laporan daripada orang awam yang melihat dua kanak-kanak dipukul sekitar 5 petang Sabtu di hadapan rumah mereka. - Foto Astro AWANI
CHUKAI: Sepasang suami isteri ditahan polis malam tadi kerana disyaki mendera dua anak mereka yang berusia enam dan tujuh tahun.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
Beliau berkata suspek wanita yang berusia 26 tahun ialah ibu kandung manakala suspek lelaki, 30, merupakan bapa tiri kedua-dua mangsa.
"Polis menerima laporan daripada orang awam yang melihat kanak-kanak lelaki dan adik perempuannya dipukul sekitar 5 petang hari sama di hadapan rumah mereka.
"Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan kecederaan lama dan baharu pada hampir keseluruhan tubuh mereka," katanya ketika dihubungi.
Menurut Hanyan adik-beradik itu masih dirawat di hospital dan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya pasangan itu akan direman mulai hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#dera
#Hanyan Ramlan
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan