awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri lepas, bebas tuduhan edar dadah empat tahun lepas

Bernama
Bernama
17/01/2024
09:25 MYT
Suami isteri lepas, bebas tuduhan edar dadah empat tahun lepas
Mahkamah Tinggi hari ini membebas dan melepaskan sepasang suami isteri dari tiga tuduhan mengedar dadah empat tahun lalu. - Foto Bernama
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan sepasang suami isteri daripada tiga pertuduhan mengedar dadah empat tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed ketika membuat keputusan itu berkata kedua-dua tertuduh Yong Shin Haw, 48, dan Felicia Diong Chew Li, 38, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu apabila pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama pasangan itu didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu 1,458.3 gram methamphetamine pada 24 Feb 2020 di sebuah rumah beralamat di No. 84, PSRN Setia 2, Setia Residen, Kg. Selamat, Sitiawan.
Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga pada tarikh dan lokasi yang sama pasangan itu didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu 8.41 gram heroin, 1.48 gram monoacetylmorphines dan 42.5 gram methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
Pertuduhan kedua dan ketiga itu adalah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan tidak lebih 10 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi manakala manakala pasangan suami isteri itu diwakili Peguam S. Selvam dan T. Gayathrie.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada Oktober 2022.
Bagaimanapun, Yong didapati bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu memilik dadah methamphetamine seberat 11.38 gram pada tarikh dan lokasi yang sama di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama.
Abdul Wahab kemudian menjatuhkan hukuman lima tahun penjara yang bermula dari tarikh ditangkap (24 Feb 2020) serta tiga sebatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sepasang suami isteri
#bebas tuduhan edar dadah
#Mahkamah Tinggi Ipoh
#Yong Shin Haw
#Felicia Diong Chew Li
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan